Heneral Luna

Heneral Luna (Jeneral Luna) ialah sebuah filem biopik sejarah Filipina 2015 yang mengisahkan Jederal Antonio Luna ketika memimpin Tentera Revolusioner Filipina pada Perang Filipina-Amerika. Filem ini dibuka dengan permulaan pertempuran dengan para penjajah Amerika, dan diakhiri dengan pembunuhan Luna pada 5 Jun 1899 - satu tempoh dimana Luna berkhidmat sebagai Pemimpin Tertinggi Angkatan Darat dibawah nauangan Republik Filipina Pertama.Diarahkan oleh Jerrold Tarog dan diterbitkan oleh Artikulo Uno Productions, filem ini meraih sambutan meriah dari pengkritik dan penonton, memuji sinematografi, penulis, lakonan dan jalan ceritaya. Filem ini terpilih sebagai wakil Filipina untuk Filem Berbahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-88 namun tidak dicalonkan.[4]Dengan kos pembikinan sebanyak 80 juta peso,[5][6] filem ini menjadi salah satu filem epik sejarah Filipina dengan belanjawan yang pernah dikeluarkan. Pada 29 September 2015, filem ini memecahkan rekod dengan 160 juta, menjadikannya filem sejarah Filipina dengan keuntungan tertinggi sepanjang zaman.[7][8] Disamping diskaun 50% untuk para penonton pelajar,[9] pada permulaan minggu keempatnya, filem ini meraih keuntungan penjualan tiket sebanyak 200 juta.[10] Pada 11 Oktober, filem ini secara rasmi diumumkan meraih keuntungan sebanyak ₱240 juta.[5]

Heneral Luna

Bahasa Bahasa Tagalog
Muzik oleh Jerrold Tarog
Disunting oleh Jerrold Tarog
Pengarah Jerrold Tarog
Penerbit Fernando Ortigas
Penulis Henry Francia
E.A. Rocha
Jerrold Tarog
Pecah panggung ₱256 juta[3]
Mula ditayangkan 9 September 2015 (2015-09-09) (Filipina)
30 Oktober 2015 (Amerika Syarikat)
Syarikatpenerbitan
Artikulo Uno Productions
Sinematografi Pong Ignacio
Tempoh tayangan 118 minit
Dibintangi oleh John Arcilla
Mon Confiado
Arron Villaflor
Joem Bascon
Archie Alemania
Epi Quizon
Nonie Buencamino
Paulo Avelino
Leo Martinez
Mylene Dizon
Ronnie Lazaro
Negara Filipina
Pengedar Quantum Films
Abramorama (United States)[1]
Perbelanjaan 80 juta[2]

Rujukan

WikiPedia: Heneral Luna http://www.abs-cbnnews.com/entertainment/09/30/15/... http://henerallunathemovie.com/ http://www.imdb.com/title/tt4944352/ http://www.indiewire.com/article/abramorama-to-rel... http://www.interaksyon.com/entertainment/heneral-l... http://www.interaksyon.com/entertainment/heneral-l... http://kickerdaily.com/heneral-luna-mark-third-wee... http://www.rottentomatoes.com/m/heneral_luna/ http://variety.com/2015/film/asia/philippines-send... http://www.movieadventures.info/heneral-luna.html